15 Tip Rumah Tangga Bahagia dan Bertahan Lama Dalam Islam – Menjadi impian setiap pasangan yang berkahwin untuk mempunyai rumah tangga yang bahagia dan stabil. Kami ingin kongsi beberapa petua supaya kebahagiaan rumah tangga kekal lama.
1. Perhatian
Memberikan perhatian kepada pasangan adalah petua untuk merapatkan perhubungan.
Rasa lebih intim selain tidak terasa terabai.
2. Puji
Lazimkan pujian antara suami dan isteri. Pujian adalah satu cara penghargaan dan membuatkan diri rasa gembira. Menghargai perbuatan seperti menolong mengemas rumah dan memasak. Memuji cantiknya isteri atau kacaknya suami.
3. Peluk
Hormon oxytocin yang juga dikenali sebagai “cuddle-hormone” dirembeskan di otak ketika memeluk. Pelukan memberikan rasa adanya perhubungan dan kepercayaan kepada pasangan.
4. Kejutan
Kejutan yang positif boleh menggantikan masa yang kelam atau menceriakan suasana. Memberikan surprise kepada pasangan adalah cara menunjukkan intimasi dan sayang. Ia juga adalah satu bentuk perhatian kepada pasangan.
5. Percutian
Makan angin juga adalah cara untuk keluar dari rutin harian untuk detox. Bersiar-siar membolehkan kita mencipta memori bahagia yang baru.
6. Romantik
Antara cara yang romantik adalah melafazkan rasa cinta pada pasangan atau memanggil pasangan dengan gelaran yang manja.
7. Jenaka (sense of humour)
Berjenaka boleh memberikan pengaruh yang positif dalam perhubungan. Kekadang boleh digunakan semasa menyelesaikan konflik perhubungan, supaya emosi tidak terlalu negatif. Ketika konflik, kesefahaman boleh dicapai dengan cepat jika kedua-dua pihak mengalami emosi yang positif.
8. Rezeki yang halal
Kepentingan memberikan rezeki yang halal pada ahli keluarga adalah memperoleh keberkatan dari Allah S.W.T. Antara bentuk keberkatan adalah rasa cukup dengan rezeki yang ada sehingga tidak merasa berat untuk bersedekah. Rezeki boleh datang dari pintu yang tidak disangka-sangka. Selain rasa mudahnya mengharungi ujian dalam rumah tangga.
9. Perancangan kewangan
Failure to plan, is planning for failure. Berbincang dan rancang kewangan bersama-sama pasangan dan sentiasalah berdoa untuk ditambahkan rezeki.
Amalkan doa solat dhuha
“Ya Allah jika rezeki-ku di langit turunkanlah, kalau rezeki-ku di bumi keluarkanlah, jika rezeki-ku sulit permudahkanlah, jika rezeki-ku yang haram, bersihkanlah.”
10. Solat berjemaah
Sama ada sembahyang berjemaah di rumah atau bersama-sama ke surau atau masjid.
Jika dijaga hubungan dengan Allah, maka hubungan antara manusia (ahli keluarga) pasti terjaga. Kebahagiaan rumah tangga adalah satu kejayaan dalam alam perkahwinan.
“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;”
[Surah Al-Mu’minun: 1-2]
11. Mengurus emosi dan mengawal tekanan
Meluahkan perasaan pada cara yang betul. Berbanyakkanlah berzikir, menjaga solat dan beriman kepada qada’ dan qadar.
“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”
[al-Taghabun: 11]
12. Hiasi rumah tangga dengan al-Quran
Mulakan dengan diri sendiri untuk mendekati al-Quran. Isteri akan mengikuti suami.
Anak-anak akan mengikuti ibu dan ayah.
13. Selalu bersama
Perbanyakkan bonding time. Contoh makan dan minum semeja. Berkongsi cawan ketika minum.
14. Berbaik dengan mentua
Belajar mengenali mentua, bertolak ansur, memberikan hadiah atau boleh bercuti bersama. Restu ibu ayah adalah penting untuk mendapatkan keredhaan dari Allah.
15. Memohon.
Sentiasa berdoa dari al-Wahab (Yang Maha Pemberi).
“Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”
[Surah al-Furqan ayat 74]
“Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.” [Surah Al-Kahfi: 10]