5 Ciri-Ciri ini Petanda Hubungan Umpama Retak Menanti Belah

Dalam sesebuah perhubungan pasti ada pasang surutnya. Dan perlu diketahui, tidak semua perhubungan boleh bertahan lama dan kekal. Kadang-kadang, ada hubungan yang perlu diakhiri demi kebahagiaan dan kebaikan bersama. Lagi-lagi bila melibatkan kenyamanan masing-masing, memang perpisahan adalah langkah terakhir yang perlu diambil dalam sesebuah perhubungan.

Ada beberapa tanda bahawa si dia ingin berpisah denganmu. Kalau anda mengalami tanda-tanda seperti ini, ini adalah waktu yang tepat untuk anda dan pasangan membincangkan kembali secara serius mengenai hubungan kalian.

Tanda-tanda si dia ingin berpisah denganmu :

Enggan bercakap tentang masalah

Jika si dia selalu cuba menghindari konflik atau berdepan dengan sesuatu masalah ini adalah salah satu petanda si dia ingin berpisah denganmu. Ini menunjukkan si dia tidak lagi peduli tentang apa yang berlaku dalam hubungan kalian dan merasakan anda tidak lagi penting baginya.

Dia selalu menyalahkanmu dalam semua keadaan

Setiap masalah yang berlaku dalam hubungan kalian si dia pasti akan menyalahkan anda, Apa sahaja yang anda lakukan semuanya salah dan serba tidak kena pada si dia. Si dia juga tidak pernah “refleksi” diri atas semua yang dia lakukan pada anda.

Bergaduh mengenai perkara kecil

Bila dah tak suka dan sudah tidak lagi sayang, sekecil-kecil perkara pun boleh mengundang pergaduhan. Sekiranya perkara ini sering berlaku, si dia sebenarnya sedang mencabar kesabaran anda dan berharap ia menjadi punca perpisahan.

Cerita perihal buruk anda kepada orang lain

Kisah peribadi dalam perhubungan sepatutnya menjadi rahsia antara anda dan pasangan tapi jika si dia mula membuka mulut bercerita hal peribadi kepada orang lain itu menandakan si dia sudah tidak peduli mengenai anda serta mengenai maruah, aib dan harga diri anda.

Sering melihat kekurangan anda

Jika sebelum ini si dia sering melihat kelebihan anda namun kini dia sering melihat kekurangan anda, itu adalah petanda bahawa perasaan si dia pada sudah semakin pudar dan menghilang.

Jarang menghabiskan waktu bersama anda

Si dia selalu menjauhi dan makin jarang ingin menghabiskan waktu bersama, Bahkan, si dia selalu mencari alasan untuk menjauh dan menghabiskan waktu dengan dirinya sendiri. Anda bukan lagi keutamaan dalam kesehariannya.

Jika anda melihat ada tanda-tanda ini dalam hubungan anda dan pasangan, cuba untuk luangkan waktu dan bincangkan bersama mengenai hubungan kalian. Semoga ada jalan keluar untuk kalian. Jika si dia masih sayang dan ingin bersamamu, pasti akan sinar buat kalian!

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *