5 Tip nak get back dengan bekas kekasih – Ramai yang kata, kalau dah putus jangan “getback” dengan ex semula. Kalau kembali dengan bekas pasangan ibarat kita baca buku yang sama. Betul ke semua tu?
Kadang-kadang, berikan peluang kedua pada bekas pasangan adalah pilihan yang terbaik. Ini kerana kedua-dua belah pihak boleh memperbaiki segala kekurangan dan kesilapan masing-masing.
Tapi, untuk mendapatkan peluang kedua amatlah tidak mudah. Jadi, bagaimana caranya untuk kita tawan semula hati bekas pasangan kita? Jom baca artikel ni sampai habis!
Fikir masak-masak keputusan anda
Sebelum anda memutuskan untuk menambat kembali hati bekas pasangan, pastikan anda dah fikir masak-masak sama ada keputusan yang anda ambil ini betul atau tidak. Anda juga perlu memikirkan sama ada berbaloi atau tidak untuk meneruskan kembali hubungan bersama si dia.
Sekiranya dia seorang yang mempunyai banyak “red flag” adalah lebih baik sekiranya anda meninggalkan terus si dia.
Siasat
Selain daripada fikirkan secara matang dan masak-masak, pastikan anda juga menyiasat sama ada bekas pasangan sudah mempunyai pasangan yang baru atau belum. Sekiranya dia sudah mempunyai pasangan yang baru, adalah lebih baik jika anda melupakan hasrat untuk kembali menambat hatinya.
Tetapi, sekiranya bekas pasangan anda masih bujang dan merasakan hal yang sama seperti anda maka tidak salah untuk anda meneruskan hubungan yang telah terputus di tengah jalan itu.
Ambil sedikit masa untuk berbincang secara rasional, matang dan serius. Andai ada kesilapan yang anda lakukan, minta maaf dengan segera. Bincang dengan tenang. Slowly. Jika dia memang jodoh anda, insyaALLAH tidak kemana.
Tukar cara dan gaya bercinta
Fikir dalam-dalam dimana salahnya dan kurangnya anda dan bekas pasangan dalam hubungan lalu. Perbaiki segala kekurangan dan kelemahan anda dan bekas pasangan. Cari dan buat sesuatu yang baru untuk memeriahkan hubungan yang sekarang. Jangan ulang perangai dan kesalahan yang sama jika tidak ingin pisang berbuah dua kali.
Jaga kelakuan dan kata-kata
Mungkin dalam hubungan lalu ada kata-kata atau kelakuan yang menyebabkan bekas pasangan anda terluka. Jadi, jika anda ingin menambat hatinya kembali, elakkan daripada melakukan perkara yang boleh menyakitkan hati bekas pasangan anda serta jaga kata-kata anda.
Banyakkan berdoa
Setelah semua usaha telah anda lakukan, maka perbanyakkan berdoa. Sesungguhnya, hati manusia ALLAH S.W.T. yang pegang. Doa moga-moga kalian dijodohkan kembali.
Kesimpulannya, bukan senang untuk berikan peluang kedua. Jadi, andai anda menerima peluang kedua maka hargai dan jagalah ia sebaik mungkin. Namun, jika anda yang memberi peluang kedua jangan lupa untuk fikir secara matang sebelum melakukan keputusan.
Moga-moga perkongsian ini bermanfaat buat semua.