Perasaan was-was terhadap pasangan sememangnya akan ada. Lagi-lagi bila si dia berubah secara tiba-tiba.
Ketahui 5 Ciri-Ciri Pasangan Anda Sedang Menipu Anda
Tahukah anda, walaupun kita tak boleh nak tengok atau nampak muka seseorang melalui mesej di whatsapp, facebook dan lain lain medium chat namun akan ada tanda-tanda bahawa seseorang itu menipu yang boleh anda kenal pasti.
Menipu melalui telefon juga lebih mudah berbanding menipu secara bersemuka.
Jom semak tanda-tanda pasangan anda sedang menipu anda!
Tukar topik perbualan
Bila si dia sedang menipu anda, si dia pasti akan menukar arah topik yang sedang dibualkan. Bila mana kita cuba menangkap bahawa dia sedang menipu, dia pasti akan melenting dan memarahi anda. Si dia juga akan cuba mengelak soalan yang diberikan agar tidak kantoi.
Tiba-tiba diam
Jika pasangan anda tiba-tiba diam, walhal dia adalah seseorang yang banyak bercakap percayalah pasti ada sesuatu yang tidak kena. Boleh jadi dia diam kerana menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan anda. Tanda ini akan lebih jelas kelihatan apabila anda sedang ada konflik dengannya dan dia tidak memberikan sebarang respons apabila disoal siasat.
Mereka cerita
Macam mana nak tahu si dia sedang mereka cerita? Bila seseorang tu cuba untuk mereka-reka cerita dia pasti akan tersasul di setiap perbualan. Kesan ini terjadi akibat minda sedang sibuk bekerja keras dan sibuk berfikir untuk putar belit cerita sampai kadang-kadang si dia tidak perasan bahawa apa yang diceritakannya tidak masuk akal. Jika banyak kali terjadi dalam setiap perbualan, itu tandanya si dia sedang menipu anda.
Cuba menamatkan perbualan secepat yang mungkin
Si dia pasti akan cuba menamatkan perbualan secepat mungkin terutama bila diserang dengan soalan bertubi-tubi dan soalan-soalan cepumas. Jika dia berikan jawapan sekalipun, jawapan yang diberikan sangat ringkas dan tidak menjawab persoalan yang diberikan. Perbualan pasti akan tergantung dan si dia membiarkan kita begitu sahaja.
Jika anda berdepan dengan situasi seperti ini, adalah lebih baik sekiranya anda bersemuka untuk melihat reaksi wajahnya.
Perubahan intonasi suara
Kebiasaannya, bila sudah lama berhubungan pasti anda sendiri sudah mengenal pasti intonasi suara pasangan anda. Jika sebelum ini si dia merupakan seseorang yang tenang dan bercakap dengan lemah-lembut namun secara tiba-tiba dia menggunakan intonasi kasar dan meninggikan suara pasti ada sesuatu yang ingin disembunyikan. Paling ketara dan jelas kelihatan apabila intonasi suara pasangan kita menjadi bergetar.
Jika anda berhadapan dengan situasi seperti ini, cepat-cepat bersemuka dan berbincang dengan pasangan anda.